Kenaikan kos umrah bebankan jemaah

Iklan
Isu kenaikan harga tiket penerbangan dan penginapan di Tanah Suci memberi kesan kepada jemaah khususnya rakyat Malaysia yang bakal menunaikan umrah tidak lama lagi termasuk golongan kurang berkemampuan..- Gambar hiasan

SHAH ALAM - Isu kenaikan harga tiket penerbangan dan penginapan di Tanah Suci memberi kesan kepada jemaah khususnya rakyat Malaysia yang bakal menunaikan umrah tidak lama lagi termasuk golongan kurang berkemampuan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata mereka yang ditemui mendakwa kenaikan harga tersebut menyebabkan mereka berdepan dengan masalah kewangan sekali gus menyukarkan hasrat untuk menunaikan ibadah tersebut.

Iklan
Iklan

Peniaga makanan, Amirah Aris, 27, berkata, kenaikan harga tidak seharusnya berlaku kerana bakal membebankan mereka yang kurang berkemampuan untuk menunaikan ibadah umrah.

Menurutnya, keadaan itu juga ibarat satu penindasan khususnya bagi jemaah yang mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan penginapan hampir dengan masjid pada harga yang sewajarnya.

Iklan

"Tak sepatutnya berlaku, mereka yang berkemampuan turut merungut harga hotel mahal. Inikan pula bagi orang yang kurang berkemampuan.

"Benda ini satu penindasan. Semasa saya ke sana pada tahun 2019 harga masih mampu dan tidak mahal seperti sekarang,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Perunding Hartanah, Sharifah Zarina Syed Abu Bakar, 47, berkata, tarikh penerbangannya ke Makkah bagi mengerjakan umrah pada Januari lalu ditunda dipercayai berkait dengan kenaikan harga tiket.

Sharifah Zarina berkata, dia tidak diminta untuk membuat bayaran tambahan sebaliknya pihak agensi mengambil inisiatif menukar perkhidmatan syarikat penerbangan lain.

"Sebelum berangkat ke Tanah Suci, saya dan suami diberitahu tarikh penerbangan sepatutnya pada 17 Januari namun tiada pengesahan diberikan. Sehinggalah dua hari selepas itu, kami dimaklumkan pihak syarikat penerbangan masih tidak dapat sahkan tarikh sebenar penerbangan kami.

Dalam pada itu, suri rumah, Norleha Suratin,40, yang bakal menunaikan umrah tahun ini mengakui isu peningkatan harga tiket penerbangan dan penginapan bagi mengerjakan umrah adalah membebankan.

"Pada saya mungkin tak menjadi masalah tetapi untuk orang yang kurang berkemampuan mungkin ini satu beban.

"Tetapi seperti yang kita tahu memang tak dapat dielakkan kerana keadaan ekonomi yang kurang menentu menyebabkan kenaikan harga,” ujarnya.