Saksi atau suspek, tidak wajar buat kesimpulan sendiri - SPRM

Iklan
Azam Baki

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Adalah tidak wajar untuk individu yang dipanggil memberi keterangan membuat kesimpulan sendiri sama ada mereka dipanggil sebagai saksi ataupun suspek.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, menurut Seksyen 30(1)(a) Akta SPRM 2009, seseorang pegawai suruhanjaya yang menyiasat sesuatu kesalahan di bawah akta ini boleh memerintahkan mana-mana orang supaya hadir di hadapannya bagi maksud diperiksa secara lisan berhubungan dengan apa-apa perkara yang mungkin dapat, pada pendapatnya membantu dalam penyiasatan kesalahan itu.

Iklan
Iklan

Pada Ahad, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan SPRM memanggil beliau untuk memberi kenyataan bukan sebagai suspek dalam projek Jana Wibawa.

Muhyiddin menjelaskan keterangan diberi adalah berkait penganugerahan kepada kontraktor dipilih bawah projek Jana Wibawa yang didakwa pihak tertentu bahawa berkemungkinan wujud tatacara perolehan tidak mengikut peraturan ditetapkan.

Iklan

Mengulas lanjut, Azam berkata, SPRM juga akan memanggil bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk memberi keterangan.

Beliau berkata, keterangan Tengku Zafrul akan diambil pada masa terdekat untuk membantu siasatan berhubung dengan projek Jana Wibawa.

Iklan