Empat anak kapal dikhuatiri maut pesawat terhempas di Filipina

Iklan
Pesawat Cessna 340 dilaporkan terhempas di tengah Filipina. - Agensi

MANILA - Sebuah pesawat kecil yang dinaiki empat orang dilaporkan terhempas di tengah Filipina dan anggota penyelamat sedang bertungkus lumus mencari mangsa yang terselamat.

Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP), pesawat Cessna 340 didapati hilang pada pagi Sabtu sejurus berlepas ke Manila dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bicol di wilayah Albay, selatan ibu negara.

Iklan
Iklan

Pesawat itu membawa dua penumpang, seorang juruterbang dan seorang lagi anak kapal.

Jurucakap CAAP, Eric Apolonio memberitahu AFP bahawa pasukan mencari dan menyelamat telah mengenal pasti lokasi nahas berhampiran lapangan kapal terbang.

Iklan

"Masalahnya ialah cuaca buruk dan ia menghalang operasi pencarian di darat," kataya.

Pegawai Bencana Albay Cedric Daep berkata, serpihan pesawat Cessna ditemui berhampiran kawah gunung berapi Mayon, tetapi pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada ia pesawat sama yang hilang pada Sabtu.

Iklan

Daep berkata, pihaknya sedang menunggu kebebaran untuk tiba di lokasi nahas kerana gunung berapi masih aktif dan boleh meletus bila-bila masa.

Difahamkan, operasi mencari masih diteruskan sehingga Isnin bagi mengesan mangsa nahas yang hilang itu. - AFP