Tiga termasuk seorang kanak-kanak maut nahas

Iklan
Anggota bomba mengangkat mangsa kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan lori di Jalan Persiaran Tanjung Tampoi, Johor Bahru, pada Ahad.

JOHOR BAHRU - Tiga maut termasuk seorang kanak-kanak selepas motosikal ditunggangi terlibat kemalangan di Jalan Persiaran Tanjung Tampoi di sini pada Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, Pegawai Bomba Kanan II Wan Nor Affendi berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian tersebut pada jam 4.47 petang.

Iklan
Iklan

"Kemalangan melibatkan sebuah motosikal dengan sebuah lori.

"Penunggang motosikal, Mohammad Shahril Abdullah, 38, serta dua pembonceng iaitu Habsah Jailani, 41, dan Muhammad Dany Lukman Naim Abdullah, 10, meninggal dunia akibat cedera parah.

Iklan

"Muhammad Shahril dan Habsah dipercayai suami isteri manakala kanak-kanak terbabit tidak dapat dipastikan hubungan dengan pasangan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, mayat diserahkan kepada pihak polis manakala pemandu lori, Faizi Mohd Fuad Tan, 30, selamat.

Iklan