Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas

Iklan
Anggota Bomba menjalankan pencarian di sekitar lokasi kejadian.

SELAYANG - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan air deras sebuah longkang di Taman Pelangi, di sini, pada Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 6.19 petang.

Iklan
Iklan

"Seramai 10 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang bergegas ke lokasi kejadian," katanya.

Hafisham berkata, pihak bomba sedang menjalankan pencarian di lokasi sehingga ke kawasan sungai berhampiran.

Iklan
Iklan