KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 mulai esok.
Menerusi hantaran di Facebook pada Ahad, Perdana Menteri turut mendoakan semoga usaha dan kegigihan calon SPM 2022 akan memberikan kejayaan yang bermakna.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan SPM 2022 dilaksana dari 30 Jan hingga 15 Mac depan membabitkan ujian amali sains, ujian bertutur, ujian mendengar dan peperiksaan bertulis.
Kenyataan itu menyebut seramai 403,637 calon akan menduduki peperiksaan bertulis yang diadakan di antara 20 Feb hingga 15 Mac.
Menurut KPM, seramai 131,318 petugas dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan itu manakala sebanyak 3,355 pusat disediakan di seluruh negara. - Bernama