SIBU - Polis Sarawak sedang menjejaki seorang lelaki yang dikehendaki bagi menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah lebih RM192,000 di Kapit, tahun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, Rubin anak Banta, 35 gagal menghadirkan diri semasa pengurusan kes praperbicaraan di Mahkamah Sesyen Kapit pada Mac 2018.