DERITA seorang bayi perempuan berusia lapan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap ketumbuhan Germ Cell Tumor di bahagian mulutnya mendapat perhatian Dr Amalina.
Amalina atau Nur Amalina Che Bakri, 31, yang mendapat jolokan Doktor Selebriti itu, berasa terpanggil untuk membantu derita Ainul.
"Is sangat menyayat hati mendengarkan kisah tentang Ainul. Dia terpaksa melalui penderitaan di waktu usia muda sebegini,” luahnya di Instagram.
Amalina turut berterima kasih kepada orang ramai yang telah menghubunginya menerusi direct message (DM).
"Sekarang ini, saya sudah menghubungi mak Ainul dan sudah menerima laporan kesihatannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Syed Ali bermalam dengan baby syurga
"Malah saya pun sudah hubungi beberapa rakan sekerja namun disebabkan kes ini agak rumit, kami mesti duduk berbincang bersama beberapa doktor pakar mengenai kes Ainul.
"Kepada keluarga Ainul tolong bertabah. Sementara ini, marilah kita semua berdoa untuk baby Ainul,” akhirinya.
Coretan Amalina setakat artikel ini ditulis telah pun menarik perhatian sebanyak 29,445 pelayar di Instagram.