RM2 juta peruntukan bantu rakyat daftar cap dagangan

Iklan
Salahuddin

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperuntukkan sejumlah RM2 juta bagi pelaksanaan program pendaftaran cap dagangan, reka bentuk dan perindustrian kepada rakyat negara ini khususnya pelajar.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub menjelaskan, pendaftaran secara percuma diberikan kepada pelajar yang ingin mendaftarkan paten ciptaan mereka menerusi inisiatif Patung Rahmah.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sebanyak sembilan program dilaksananan membabitkan 1,650 pelajar antaranya usahawan cilik harta intelek (IP), program 'Youth IP' di bawah usaha berkenaan.

"Melalui inisiatif Payung Rahmah, kita sudah memperuntukkan konsep mendaya-upaya dan geran sebanyak RM2 juta diperuntukkan di mana rakyat Malaysia khususnya pelajar yang mula menunjukkan bakat mereka diberikan pendaftaran percuma.

Iklan

Beliau menjawab soalan Dr Richard Rapu@Aman (GPS-Betong) mengenai inisiatif dan bantuan yang boleh dilakukan bagi menggalakkan penciptaan dan inovasi oleh pelajar peringkat menengah mahupun siswa universiti untuk mendaftar paten ciptaan mereka.

Sementara itu menjawab soalan tambahan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) yang menyatakan program geran dana pemfailan IP telah dimulakan pada 2022 dengan peruntukan RM4 juta dan bukannya diperkenalkan di bawah Payung Rahmah, Salahuddin (PH - Pulai) bagaimanapun menegaskan, pertikaian tersebut bukanlah keutamaan.

Iklan

"Saya tidak kisahlah (inisiatif) Rahmah ke tidak Rahmah, bila ia dibuat itu tidak mengapa, asalkan yang baik kita lanjutkan, itu penting supaya keputusan akhirnya, rakyat dapat kepentingan," ujarnya.