PRN: Agihan kerusi PH, BN di Kelantan sudah bermula

Iklan
Nik Nazmi semasa sidang akhbar pada majlis makan malam bersama pengamal media Kelantan di Kota Bharu.

KOTA BHARU - Agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah dimulakan.

Perkara tersebut disahkan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad ketika makan malam bersama pengamal media di sini pada Ahad.

Iklan
Iklan

Beliau bagaimanapun berkata, agihan itu masih belum dimuktamadkan.

"Perbincangan antara PH dan BN mengenai perkara ini berjalan lancar.

Iklan

Nik Nazmi berkata, pihaknya akan mencari parti yang mempunyai kekuatan di setiap kawasan dalam menentukan kedudukan.

Tambahnya, hal ini kerana PH dan BN mahu menjadi pembangkang kuat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah meramalkan kerjasama PH dan BN dijangka berdepan konflik dari segi pembahagian kerusi pada PRN nanti.

Mohd Amar berkata, situasi itu berdasarkan kepada pengalaman Pas yang pernah bekerjasama dengan BN sebelum ini.