Mane ceria selepas rehat tiga bulan

Iklan
Mane kembali berlatih selepas sembuh daripada kecederaan. - Foto Agensi

SADIO Mane memberi reaksi gembira apabila kembali berlatih bersama Bayern Munich selepas disisihkan selama tiga bulan akibat kecederaan.

Kecederaan kaki kanan itu juga menyebabkan pemain Senegal tersebut terlepas aksi Piala Dunia Qatar akhir tahun lalu.

Iklan
Iklan

Penyerang berusia 30 tahun itu memberikan semangat baharu buat juara Jerman berkenaan seminggu menjelang pertembungan teratas liga menentang Union Berlin.

Bayern pada Sabtu lepas kalah 2-3 kepada Borussia Moenchengladbach.

Iklan

Mane yang mengalami kecederaan kaki kanan pada November lalu sehingga terpaksa menjalani pembedahan dilihat tersenyum ketika membuat kemunculan dalam sesi latihan pada Ahad.

Selepas sesi latihan, Mane menyuarakan kegembiraan dapat kembali menjalani apa yang diminatinya.

Iklan

"Saya seorang pemain bola sepak. Bola sepak adalah hidup saya dan saya sangat merinduinya.

"Saya masih bermotivasi dan sangat gembira. Saya akan menemui semula penyokong, bola sepak, suasana, menjaringkan gol dan menang," ujar Mane.

Dalam pada itu, pengurus Bayern, Julian Nagelsmann memberitahu, selepas latihan penuh selama seminggu, Mane boleh disenaraikan ke dalam skuad pada hari perlawanan.