Perak akan percepat bina 105 menara telekomunikasi

Iklan
Mohd Azlan Helmi (kanan) membuat gimik pelepasan Jelajah Perak Sejahtera 2030 Komunikasi, Multimedia dan NGO di Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini pada Isnin.

IPOH - Kerajaan negeri Perak sedang berusaha memastikan pembinaan 105 menara telekomunikasi di bawah inisiatif Jalinan Digital Negara (Jendela) dipercepatkan pada tahun ini.

Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi berkata, perbincangan telah dilakukan bersama dengan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berhubung pembinaan menara telekomunikasi di bawah Jendela 1 di seluruh Perak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beberapa permasalahan yang timbul seperti melibatkan isu berkaitan status tanah dan sebagainya akan diselesaikan segera bagi memastikan tempoh pembinaan menara telekomunikasi ini tidak mengambil masa yang lama.

"Tentang pembinaan menara telekomunikasi di bawah Jendela 1, terdapat sedikit permasalahan tentang beberapa kekangan dari permulaan sehingga siap menara mengambil masa terlalu panjang.

Iklan

"Ada juga keadaan-keadaan seperti status tanah sehingga menyebabkan menara ini lewat. Sebab itu kita turun padang untuk melihat permasalahan ini. Kita akan cuba mengurangkan masalah dengan melibatkan kerjasama erat dengan semua pihak," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Jelajah Perak Sejahtera 2030 Komunikasi, Multimedia dan NGO di Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini pada Isnin.

Mohd Azlan Helmi berkata, ketika ini sebanyak 105 menara telekomunikasi sedang dalam pembinaan di seluruh kawasan di Perak dan dijangka akan disiapkan menjelang penghujung tahun ini.

Iklan

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, pihaknya akan mengadakan siri jelajah di setiap kawasan DUN di Perak untuk melihat permasalahan membabitkan isu liputan talian telekomunikasi dan melawat Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di setiap daerah.

"Seperti mana yang kita tahu, dalam Sidang DUN (Dewan Undangan Negeri) lepas, banyak perkara yang dibangkitkan oleh YB (yang berhormat) di kawasan-kawasan mengenai masalah berkaitan talian komunikasi tersebut. Jadi setelah berbincang dengan semua agensi kita dapati perlu ada satu langkah drastik turun padang untuk melihat secara realistik masalah tersebut.

"Selain dari itu objektif, turun padang ini juga untuk melihat keadaan semua PEDi yang dikelola Jabatan Penerangan bagi kita perkuatkan dan bantu untuk pusat ini berfungsi dengan lebih baik," katanya.

Jelas beliau, ketika ini terdapat kira-kira 71 PEDi di seluruh Perak dengan sekurang-kurangnya satu pusat di setiap daerah untuk dimanfaatkan penduduk setempat.