Dua selamat, seorang hilang di Pantai Teluk Chempedak

Iklan
Anggota bomba dari BBP Kuantan menjalankan operasi SAR mangsa dikuatiri lemas di Pantai Teluk Chempedak di Kuantan pada Isnin.

KUANTAN - Seorang pengunjung Pantai Teluk Chempedak dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai peranginan itu di sini pada Isnin.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, dua lagi rakan mangsa berjaya diselamatkan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian dilaporkan jam 3.04 petang sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Pihak bomba melakukan pencarian di sekitar kawasan pantai dibantu Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA)," katanya.

Iklan
Iklan

Operasi mencari mangsa masih diteruskan.