Cuaca buruk sukarkan operasi SAR anggota polis di Jambi

Iklan
Cuaca buruk menyukarkan usaha untuk menyelamatkan sekumpulan anggota polis yang terlibat dalam nahas helikopter di wilayah Jambi di Pulau Sumatera. Foto Agensi Berita Antara

JAKARTA - Cuaca buruk menyukarkan usaha untuk menyelamatkan sekumpulan anggota polis yang terlibat dalam nahas helikopter di wilayah Jambi di Pulau Sumatera.

Jurucakap Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (Basarnas) Luthfi berkata, pasukan penyelamat membantu dari segi keperluan logistik dan perubatan mangsa di lokasi nahas, lapor Agensi Berita Antara.

Iklan
Iklan

Imej dan video yang dikongsi di media sosial memaparkan beberapa anggota polis mengalami kecederaan.

Sebuah pesawat milik polis Indonesia yang membawa lapan penumpang termasuk Ketua Polis Jambi Inspektor Jeneral Rusdi Hartono dilaporkan terhempas di kawasan berbukit pada Ahad.

Iklan

Menurut ketua perhubungan awam, Pesuruhjaya Mulia Prianto, semua penumpang dilaporkan selamat.

Helikopter Super Bell 3001 melakukan pendaratan cemas berhampiran Kampung Tamia, Kecamatan Batang Merangin, Kabupaten Kerinci kira-kira jam 10.30 pagi waktu tempatan akibat cuaca buruk.

Iklan

Helikopter itu dilaporkan dalam perjalanan dari bandar Jambi ke bandar Kerinci untuk lawatan kerja rasmi.

Operasi mencari dan menyelamat telah diaktifkan oleh Basarnas bersama anggota polis Jambi sejak semalam.

Pada 28 November tahun lalu, sebuah lagi helikopter milik polis Indonesia terhempas di wilayah Bangka-Belitung telah mengorbankan empat nyawa. - Bernama