MP Gerik sebak, beremosi sentuh soal kemiskinan

Iklan
Fathul Huzair kelihatan sukar meneruskan perbahasan ketika menyatakan tentang kemiskinan di Gerik.

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor mengarahkan Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob mendapatkan rawatan segera setelah dilihat sukar meneruskan perbahasan.

Fathul Huzir yang berbahas titah ucapan Usul Menjunjung Kasih Diraja kelihatan bertutur tidak lancar dan tersekat-sekat.

Iklan
Iklan

"Di Gerik ada stesen jana kuasa elektrik yang menghasilkan 420 mega watt (kuasa), namun masih ada rumah penduduk yang tidak mempunyai elektrik," katanya.

Keadaan itu menyebabkan beliau melonggarkan tali leher yang dipakai sebelum duduk semula untuk minum.

Iklan

Sementara itu Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) dan Datuk Willie Anak Mongin (Puncak Borneo-GPS) mencelah meminta agar Fathul Huzair diberi masa berehat.

Ramli bagaimanapun mencadangkan ahli Parlimen Gerik itu mendapatkan rawatan segera.

Iklan

"Kalau Yang Berhormat kurang sihat, boleh pergi ke klinik Parlimen," katanya.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Gerik itu sempat menghabiskan perbahasannya sebelum dibawa petugas kesihatan Parlimen ke klinik.