Pindaan Auku serlah kepimpinan mahasiswa

Iklan
Muhammad Afiqq

MACHANG - Penglibatan mahasiswa dalam mana-mana parti politik tidak akan mencemarkan nama universiti, sebaliknya menjadikan pusat pengajian itu lebih dikenali.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Anak Anak Muda Kelantan, Muhammad Afiqq Noh berkata, langkah pemansuhan peruntukan Seksyen 15(2)(c) Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 dan dua yang lain adalah langkah pertama dalam transformasi pendidikan tinggi seiring hasrat kementerian melahirkan graduan holistik, seimbang dan mampu bersaing di pentas dunia.

Iklan
Iklan

Katanya, langkah itu juga akan membuka ruang yang seluas-luasnya untuk mahasiswa menggilap bakat kepimpinan mereka serta dapat melahirkan mahasiswa yang prihatin dan peka dengan keadaan masyarakat.

"Ia mampu melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berpotensi menjadi pemimpin negara pada masa depan. Bahkan kebanyakan pemimpin negara sekarang juga, dahulunya merupakan pemimpin mahasiswa yang aktif berorganisasi, menggerakkan pelajar dan terlibat langsung dalam politik kampus.

Iklan

"Antara isu semasa yang mahasiwa perlu tahu dan ambil cakna seperti isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), isu kesempitan wang mahasiswa, survival hidup di kampus dan isu-isu yang dekat dengan pelajar universiti.

"Mahasiswa yang cenderung kepada politik sama ada menceburi secara langsung atau tidak langsung, akan lebih bermaklumat berbanding mahasiswa yang tidak berminat," katanya di sini, hari ini.

Iklan