Pekerja kedai makan ditemui tergantung

Iklan
Mangsa ditemui tergantung menggunakan kain.

PORT DICKSON - Seorang pekerja kedai makan ditemui mati tergantung di hadapan rumahnya pagi semalam dekat Taman PD Suria, Port Dickson.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, dalam kejadian 6.05 pagi itu,lelaki berusia 34 tahun itu ditemui tergantung menggunakan kain yang diikat pada besi atap rumah.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan siasatan awal, polis tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi dan badannya.

"Dia dipercayai membunuh diri kerana berdepan masalah keluarga.

"Mayat lelaki itu telah dihantar ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk bedah siasat," katanya ketika mengesahkan laporan.

Iklan
Iklan

Katanya, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.