Usul tergempar MAPS tak mungkin berlaku

Iklan
Ahmad Faizal menurunkan tandatangan pada plak perasmian selepas menyempurnakan gimik perasmian meletakkan batu asas Pusat pengajian tersebut, di sini, hari ini.

IPOH - Usul tergempar mengenai Taman Tema Animasi Studio (MAPS) yang dicadangkan seorang ADUN kerajaan pada hari terakhir sesi Sidang DUN Perak Selasa ini mungkin tidak berlaku.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau bersama-sama rakan-rakan di dalam Amanah dan PKR berpandangan tidak wajar ADUN kerajaan mengemukan usul untuk melawan kerajaan.

Iklan
Iklan

Katanya, kerajaan negeri sudah melakukan pelbagai usaha untuk menyelesaikan isu berkaitan MAPS termasuklah hutang hampir setengah billion ringgit.

"Saya fikir ia (usul tergempar MAPS) tidak berlaku, kerana saya berpandangan dan beberapa rakan lain daripada Amanah dan juga PKR berpandangan, bahawa jika kita mendesak kerajaan untuk melakukan sesuatu terhadap MAPS, saya rasa tidak kena kerana kita telahpun mengambil beberapa tindakan yang tegas iaitu audit dalaman telah dibuat dan kita telah melantik sebuah syarikat luar untuk melakukan proses audit terhadap MAPS.

Iklan

"Saya sendiri telah membuat laporan terhadap SPRM untuk menyiasat jika ada berlaku penyelewengan terhadap pengurusan MAPS sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Meletakkan Batu Asas Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin, di Chemor, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan ADUN Keranji, Chong Zhemin untuk mengemukakan usul di DUN Perak supaya kerajaan negeri campur tangan dalam membantu MAPS membina semula status kewangannya pada Rabu lalu.

Iklan

Menurut Ahmad Faizal, pihak pengurusan MAPS telah mencuba beberapa langkah untuk memperbaiki keadaan di MAPS termasuklah memperkenalkan model perniagaan baharu dengan membuka taman tema itu secara percuma.

"Jadi, pada tahap ini, kita melihat ia menjana pendapatan yang mengcukupi pada ketika ini bagi membayar gaji dan sebagainya. Pihak pengurusan memang ada beberapa perancangan selepas ini, namun setakat ini ia (MAPS) dalam keadaan terkawal.

"Sayang kalau kita tutup (MAPS), begitu ramai pekerja di kalangan anak tempatan. Jika kita mengambil keputusan untuk menutup, maka dalam satu jangka masa yang panjang boleh merosakkan tempat terbabit dan ia akan mengakibatkan kerugian yang jauh lebih besar," katanya.

Ahmad Faizal berkata, dengan tindakan dan perancangan yang sudah dilakukan pihak pengurusan MAPS dilihat sudah memadai buat masa ini.

Katanya, perbahasan mengenai MAPS dalam sidang DUN oleh ADUN-ADUN juga begitu panjang dan tidak perlu ada usul lain untuk membahaskan perkara sama.