Keputusan Papagomo bela diri atau dibebaskan diketahui Selasa

Iklan
Papagomo (kiri), Syed Saddiq

SHAH ALAM - Keputusan sama ada Exco Pemuda UMNO yang digantung keahlian, Wan Muhammad Azri Wan Deris perlu membela diri atau dibebaskan atas dua pertuduhan mengaibkan dan mendatangkan kecederaan kepada bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan diketahui pada Selasa di Mahkamah Majistret Kajang.

Dalam satu ciapan, Wan Muhammad Azri atau dikenali sebagai Papagomo berkata, kes tersebut sampai kepada peringkat keputusan selepas empat tahun dibicarakan.

Iklan
Iklan

"Cukuplah ALLAH sebagai penolong kami dan ALLAH lah sebaik-baik pelindung. Yang Hak Pasti Berdiri, Yang Bathil Pasti Jatuh,” katanya pada Isnin.

Pada 15 Februari 2019, Syed Saddiq mendakwa diserang sekumpulan penyokong pembangkang selepas tamat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Iklan

Serangan provokasi itu didakwa berlaku sebaik beliau keluar dari pusat penamaan calon PRK DUN Semenyih yang berlangsung di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Kajang.

Satu laporan polis berkaitan serangan itu dibuat Syed Saddiq di Balai Polis Sungai Way, Petaling Jaya, pada hari kejadian.

Iklan