[VIDEO] Warga emas strok rayu pencen ilat

Iklan
Mat Izam menunjukkan surat keputusan jemaah doktor

SEREMBAN - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Itulah nasib menimpa seorang warga emas yang bukan saja tidak lagi mampu bekerja selepas diserang strok, malah perlu menjaga isteri yang kini berdepan masalah kehilangan memori.

Iklan
Iklan

Keadaan itu menyebabkan Mat Izam Mohd Kalam, 60, menagih pertimbangan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk meluluskan permohonannya mendapatkan pencen ilat.

Mat Izam berkata, dia membuat permohonan mendapatkan manfaat terbabit pada tahun 2019 selepas disahkan menghidap strok, malangnya ia ditolak.

Iklan

"Berdasarkan keputusan jemaah doktor, saya dinyatakan masih berupaya untuk bekerja.

"Tapi dengan keadaan sebelah kiri strok, majikan mana yang mahu mengambil saya bekerja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Telawi di sini pada Ahad.

Iklan

Ujar Mat Izam, dia bukannya meminta sedekah, sebaliknya meminta hak sebagai seorang pencarum.

Jelasnya, sepanjang bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang besi di Sungai Buloh, Selangor, dia membuat caruman sebanyak RM65.40 setiap bulan.

"Kalau saya masih mampu bekerja, tiada masalah untuk bekerja. Tapi sekarang saya dah tak kuat dan isteri pula tak berapa sihat.

Bercerita mengenai isterinya, Helyalti Tayalis, 56, Mat Izam berkata, wanita itu diuji kehilangan memori selepas berlaku pendarahan otak empat tahun lalu akibat terjatuh di rumah.

Kesan dari itu katanya, isteri tidak mampu berdiri lama dan pergerakannya perlu dibantu.

Mat Izam diuji strok manakala. Isteri kehilangan memori

"Selama tiga bulan dia ditahan di wad dan selepas pembedahan keadaannya banyak berubah.

"Bila kita bercakap dia faham tapi nak respon itu lambat, dia seperti hilang kata-kata" katanya.

Malah keadaan hidup yang semakin sukar menyebabkan Mat Izam juga terpaksa menjual empat buah keretanya.

Bagaimanapun katanya, dia bersyukur kerana tinggal di kawasan kejiranan yang prihatin.

"Sekarang saya teruskan hidup dengan ihsan pihak masjid, jiran-jiran dan kakak ipar.

"Saya amat berharap Perkeso dapat mempertimbangkan semula permohonan rayuan untuk mendapatkan pencen ilat," katanya.

Sementara itu, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah pun turun padang menziarah suami isteri berkenaan dan menyampaikan bantuan awal wang tunai selain dalam proses membantu mendapatkan bantuan bulanan.