KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Turkiye pada 1.04 pagi tadi.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 1.35 pagi, gempa dengan kedalaman 58 km itu berlaku pada jarak 114 km tenggara dari Adana, Turkiye.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. - Bernama