Adeyemi terlepas aksi menentang Chelsea

Iklan
Reaksi Adeyemi menahan kesakitan akibat kecederaan kaki. - Foto: AFP

PENYERANG muda, Karim Adeyemi bakal terlepas aksi kedua Liga Juara-Juara Borussia Dortmund menentang Chelsea di tempat lawan selepas mengalami kecederaan kaki.

Pemain antarabangsa Jerman itu meledak gol tunggal ketika Dortmund meraih kemenangan 1-0 ke atas Blues pada perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Rabu lalu.

Iklan
Iklan

"Karim (Adeyemi) mengalami kecederaan otot koyak dalam aksi di laman sendiri menentang Hertha Berlin pada Isnin," ujar kelab itu.

Dalam aksi itu Adeyemi menyumbat satu gol ketika membantu Dortmund menewaskan Hertha 4-1 dalam saingan Bundesliga.

Iklan

Bagaimanapun pemain berusia 21 tahun itu terpaksa dikeluarkan sebelum rehat kerana mengalami kecederaan.

Adeyemi dilihat memegang paha kirinya sebelum dibantu keluar padang.

Iklan

Dortmund memberitahu pemain itu dijangka perlu berehat kira-kira tiga minggu dan bakal terlepas aksi di Stamford Bridge pada 7 Mac.

"Dia tidak akan dapat bermain untuk pasukan selama lebih kurang tiga minggu," ujar kelab itu.

Kecederaan Adeyemi hadir ketika berada dalam prestasi terbaik selepas menghasilkan gol pada empat penampilan terakhirnya.