Lelaki didenda guna parabola secara haram

Iklan
Faizan didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah menggunakan set parabola dan dekoder yang tidak diperakui, tahun lalu.

IPOH - Seorang lelaki didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah menggunakan set parabola dan dekoder yang tidak diperakui, tahun lalu.

Hakim Azizah Ahmad turut memerintahkan orang kena saman (OKS), Faizan Ashfaq Ahmed, 47, dipenjara selama dua bulan jika gagal membayar denda berkenaan selain kesemua kelengkapan komunikasi itu dilupuskan mengikut tatacara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan satu unit KU-Band Satellite Broadcast Antenna jenama Stargold dan seunit dekoder jenama D2H model V-5004 yang tidak diperakui oleh Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.

OKS didakwa mengikut Peraturan 16 (1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 dibaca bersama Peraturan 16 (3) Peraturan-Peraturan sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwa Raya SKMM, Siti Hajar Sulaiman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Iklan