34 negara mahu atlet Rusia, Belarus dilarang sertai Olimpik 2024

Iklan
Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia juga mahu atlet dari negara berkenaan dilarang menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 - Foto Reuters
TUAN rumah Sukan Olimpik 2024, Perancis adalah antara 34 negara yang meminta Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) melarang atlet Rusia dan Belarus menyertai temasya sukan itu.

Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia juga mahu atlet dari negara berkenaan dilarang menyertai Sukan Olimpik Paris 2024, lapor STATS Perform/dpa.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Isnin, permintaan itu berdasarkan"Rusia berperang tanpa provokasi dan tidak wajar [menentang Ukraine], dibantu kerajaan Belarus."

Awal bulan ini, menteri sukan Rusia Oleg Matytsin berkata:"tindakan negara-negara berkenaan untuk cuba mempengaruhi IOC tidak boleh diterima sama sekali".

Bulan lepas, IOC mengesahkan hasratnya untuk mengekalkan sekatan terhadap pegawai kerajaan Rusia dan Belarus menyertai Olimpik yang berlangsung di Paris, Perancis pada tahun depan, namun mungkin memberi peluang kepada atlet dari kedua-dua negara itu untuk bersaing di bawah bendera neutral.

Dalam kenyataan pada Isnin, 34 negara itu menyambut baik pengesahan sekatan oleh IOC namun cadangan untuk menimbang membenarkan atlet dua negara itu turut bersaing, menimbulkan banyak persoalan dan kebimbangan. - Bernama

atlet, Rusia, Belarus, Olimpik Paris, sekatan, IOC