Mengaku Imam Mahdi, pengusaha tempe didenda RM4,500

Iklan
Habib Shah Firdaus (kiri) kita hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan pada Selasa.

SEREMBAN - Pengusaha tempe didenda RM4,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada Selasa selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghina agama Islam dengan cara mengaku sebagai Imam Mahdi tahun lalu.

Hakim Kamal Bashah Ahmad Tajuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Habib Shah Firdaus Habib Ahmad, 60, selepas mengambil kira hujahan mitigasi dan pemberatan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Iklan
Iklan

Beliau turut memerintahkan hukuman penjara tiga bulan jika tertuduh gagal membayar denda terbabit, namun tertuduh menjelaskan denda itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah disifatkan menghina agama Islam dengan cara membuat pengakuan sebagai Imam Mahdi sedangkan pengakuan tersebut adalah palsu

Iklan

Kesalahan itu dilakukan antara Januari hingga Mac 2022 di markas tarekat Naqsyabandiyyah Al-Khalidiyyah Jalan Labu Batu 8, Kampung Jawa di Seremban.

Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 50 ( i ) Enakmen Jenayah Syariah ( Negeri Sembilan ) 1992, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Iklan

Peguam Ahmad Shaher Mohd Fuad, memohon anak guamnya agar hanya hukuman denda dikenakan dan tiada penjara kerana dia sudah berusia selain perlu menanggung isteri yang tidak bekerja serta dua anak.

Menurutnya, anak pertama tertuduh sedang menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) manakala seorang lagi adalah orang kurang upaya (OKU).

"Selain itu tertuduh turut mempunyai masalah kesihatan darah tinggi dan berdasarkan pengakuannya, tertuduh sudah bertaubat dan mengaku menyesal atas perbuatan dilakukan.

"Antara tanda-tanda yang menunjukkan dia telah bertaubat apabila markas tarekatnya di Labu telah pun dijual dan dari tarikh tangkapan sehingga kini, tiada kelas pengajaran dibuat kepada orang ramai dan pengikutnya," katanya.

Pada prosiding itu, Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Rohaizad Redzuan berkata, umur tidak memainkan peranan penting dalam menentukan jenis kesalahan dilakukan kerana apa dilakukan adalah kesalahan serius.

Ujarnya, tertuduh juga adalah pengamal tarekat yang diberi amanah oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan untuk menjalankan aktiviti tarekat yang tidak keluar daripada al-Quran dan Sunnah.

Tambahnya, perbuatan menghina agama ada perkaitan dengan ajaran sesat yang menjurus kepada perbuatan jenayah akidah dan perlu dipandang serius.

Syariah Negeri Sembilan 1992 selepas dia ditahan jam 10 malam pada Khamis di rumah sewanya di Kampung Desa Mukmin Warisan, di Gombak.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah memburu Habib Shah Firdaus yang menghilangkan diri selepas pusat pengamalan tarekatnya yang beroperasi di Kampung Jawa, Labu diarahkan tutup.

Penutupan itu dibuat susulan jabatan berkenaan menerima aduan tarekat terbabit melakukan perbuatan yang bercanggah dengan hukum syarak.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, Habib Shah Firdaus dikatakan telah menyeleweng daripada hukum syarak apabila mempercayai akan berlaku kemunculan imam Mahdi pada hari Arafah.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat dipercayai separuh daripada 300 pengikut Habib Shah Firdaus yang berada di Arab Saudi sejak Mac lalu sudah pulang ke Malaysia selepas mendapati tiada apa-apa berlaku pada hari Arafah.