Lalang tepi Lebuhraya Utara Selatan terbakar

Iklan
Kawasan lalang di tepi jalan Lebuhraya Utara Selatan terbakar pada pagi Selasa. - Foto JBPM Kedah

ALOR SETAR - Sebahagian daripada kawasan lalang di tepi jalan KM 43.1 Lebuhraya Utara Selatan terbakar pada pagi Selasa.

Kebakaran lalang itu mengakibatkan kepulan asap yang banyak di udara hingga didakwa menyebabkan kesesakan.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba, Wan Azizul Hakim Wan Jaafar memberitahu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 10.19 pagi.

"Kebakaran itu melibatkan lalang di tepi lebuh raya dengan anggaran keluasan kebakaran adalah satu hektar.

Iklan

"Sehubungan itu, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja memadamkan kebakaran menggunakan air dari tangki bomba dan menggunakan 'fire beater'," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau memaklumkan, operasi memadamkan kebakaran lalang turut dibantu oleh pasukan bomba sukarela dan pihak Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Iklan