Pelajar sekolah antara 81 individu ditahan tiada lesen

Iklan
Antara individu diperiksa dalam Op Khas yang dijalankan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini pada Sabtu.

SHAH ALAM - Pelajar sekolah menengah antara 81 individu ditahan kerana tidak memiliki lesen memandu selain nombor pendaftaran motosikal diubah suai dalam Op Khas yang dijalankan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini pada Sabtu.

Operasi yang dijalankan anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Shah Alam bersama dengan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Shah Alam dan Balai Polis Seksyen 9 itu turut menyita motosikal milik individu terlibat.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, operasi dijalankan kira-kira jam 11.30 malam sehingga 2.30 pagi.

Individu ditahan kemudiannya dibawa ke IPD Shah Alam untuk tindakan lanjut.

"Sebanyak 312 kenderaan dan 341 individu diperiksa selain 285 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk melibatkan lesen memandu dan sebanyak 94 saman telah dikeluarkan atas kesalahan nombor pendaftaran.

Iklan

"Selain itu, sebanyak 81 motosikal pelbagai jenis telah disita dibawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tidak mempunyai lesen memandu kelas B2 dan pelbagai kesalahan lain," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, penunggang motosikal yang disita berumur antara 16 hingga 24 tahun.

Iklan

"Operasi Khas ini dilaksanakan serentak diseluruh negara setelah banyak rungutan yang diterima berkaitan ketidak patuhan undang-undang dan peraturan jalan raya," katanya.