KDM sokong semula Hajiji terajui Sabah: Peter

Iklan
Peter (dua dari kanan) pada sidang akhbar di Kota Kinabalu pada Selasa.

KOTA KINABALU - [DIKEMASKINI] Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengambil pendirian untuk menyokong semula kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui Datuk Seri Hajiji Noor.

Presidennya, Datuk Peter Anthony berkata, sokongan itu dibuat tanpa meletakkan sebarang syarat dan ia dilakukan demi membangunkan Sabah serta masyarakat di kawasan masing-masing.

Iklan
Iklan

"Di peringkat kami tidak ada syarat untuk memberi sokongan ini, bagi kami yang penting adalah usaha untuk membangunkan bersama-sama Sabah untuk membantu masyarakat terutamanya pengundi di kawasan kami seperti di Melalap, Limbahau dan Bandau," katanya dalam sidang akhbar di sini, pada Selasa.

Peter berkata, keputusan itu diambil susulan kemelut politik yang berlaku di peringkat negeri sehingga menyebabkan dua mesyuarat telah diadakan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Iklan

"Persetujuan kita bersama pada ketika itu adalah di peringkat kalangan parti-parti yang bersama dalam kerajaan Perpaduan tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan dan dalam kedudukan untuk tidak ada pergolakan politik di peringkat Sabah.

"Bagaimanapun, disebabkan kedudukan itu sudah berlarutan begitu lama jadi kita di peringkat Sabah pun tidak mahu terheret begitu lama dan pergolakan yang membabitkan antara parti-parti tempatan di peringkat Sabah.

Iklan

"Kita berpendapat di peringkat parti sudah tiba masanya untuk kita membuat gencatan berkaitan dengan politik. Kita berpendapat sampai masanya utk kita bersama-sama dengan rakyat Sabah begitu juga dgn kedudukan kita sebelum ini.

"Dasar kita di peringkat parti iaitu kita sebenarnya menyokong siapa sahaja kerajaan di peringkat Sabah, begitu juga di peringkat Persekutuan," katanya.