Ahli Parlimen kerajaan tegur Anwar

Iklan
Gambar dari kiri: Anwar, Hassan.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen daripada blok kerajaan, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menggunakan kuasanya dengan cermat dan tidak terburu-buru dalam isu pendakwaan terhadap sesuatu kes melibatkan pemimpin parti lawan.

Hassan berkata, beliau khuatir berlakunya pendakwaan terpilih dan 'memangsakan' parti lawan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia susulan sejak kebelakangan ini beberapa individu termasuk bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya tiada masalah kalau dari segi perundangan maknanya proses biasa agensi penyiasat seperti SPRM, kalau ada perkara-perkara berkaitan (penyelewengan).

Iklan

"Tetapi saya perlu nyatakan di sini kita perlu berhati-hati seperti disebut dalam Titah Kebawah Duli mengenai tadbir urus.

"Saya di blok kerajaan menyedari kita boleh panggil semua tokoh besar ini (sama ada) menteri, mantan-mantan, atau timbalan menteri sebab kita ada kuasa dan kita adalah badan eksekutif... SPRM dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) juga di bawah kerajaan.

Iklan

"Saya bimbang sekiranya tidak diberi peringatan boleh berlaku pendakwaan yang terpilih dan parti lawan menjadi mangsa," katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Selasa.

Hassan menjelaskan, beliau tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya semua siasatan yang dijalankan memiliki asas yang kukuh.

"Saya berterus terang menyatakan yang saya amat bimbang. Kalau dilihat di sini Titah Diraja bahawa kerajaan membanteras rasuah secara agresif dan ada perkataan agresif di situ.

"Jadi yang saya khuatir (tetapi) saya bersangka baik kepada sahabat baik saya iaitu Presiden parti saya (Anwar), beliau mempunyai integriti, kesungguhan dan iltizam untuk membanteras rasuah," katanya.