LOS ANGELES - California Selatan sedang bersiap sedia untuk menghadapi ribut paling sejuk pada musim sejuk minggu ini, berkemungkinan ribut paling sejuk dalam empoh beberapa tahun.
Ribut dijangka melanda pada pertengahan minggu yang turut membawa hujan dan salji, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) Amerika Syarikat, lapor Xinhua.
Iklan
Iklan
Pada Isnin suhu sederhana direkodkan sebelum paras suhu menurun mendadak di sepanjang pantai barat untuk tempoh berbaki minggu ini.
Cuaca akan bertukar berangin dan lebih sejuk pada Selasa dan Rabu dengan kekerapan hujan dan salji sehingga Sabtu, menurut NWS.
Amaran ribut musim sejuk dijangka melanda dari Washington sehingga California serta dari Nevada ke Montana.
Lebih tujuh juta rakyat Amerika kini berada dalam keadaan berwaspada terhadap beberapa amaran cuaca musim sejuk, menurut laporan Fox Weather. - Bernama