Syor lantik Timbalan Menteri bagi portfolio Hal Ehwal Agama

Iklan
Idris

KUALA LUMPUR - Kerajaan dinasihatkan supaya melantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi portfolio Hal Ehwal Agama.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, beliau sedih kerana jawatan itu tidak ada dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Iklan
Iklan

"Saya sedih bila tengok (jawatan itu tiada) kerana saya sudah ada pengalaman sebagai menteri (di portfolio berkenaan," ujarnya ketika perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Naib Presiden Pas tersebut menerajui portfolio Hal Ehwal Agama ketika era pentadbiran Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Iklan

Beliau bergandingan bersama Datuk Ahmad Marzuk Shaary sebagai Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan senarai timbalan menteri kabinetnya pada 9 Disember lalu tidak menyenaraikan dua timbalan menteri iaitu Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Kementerian Perpaduan Negara.

Iklan

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menghormati keputusan Anwar.

Idris (PN-Bagan Serai) menegaskan, tugas mengawal 14 agensi di bawah portfolio tersebut tidak boleh dilakukan dengan hanya bergantung kepada menteri semata-mata.

"Nak menguasai dan mengawal 14 agensi bukan mudah dan tak padan dengan seorang menteri sahaja.

"Sebab itu saya nasihatkan lantiklah timbalan menteri untuk menguruskan hal ehwal agama," syor beliau.