Takiyuddin bangkit isu TPM ada kes mahkamah, Rayer bela Zahid

Iklan
Gambar dari kiri: Rayer dan Takiyuddin

KUALA LUMPUR - RSN Rayer (PH-Jelutong) dilihat membela Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN - Kota Bharu) membangkitkan isu kredibiliti pemimpin kedua negara yang diberi kebenaran melaksanakan tugas ketika masih berdepan dengan kes mahkamah.

Rayer yang mencelah ketika Takiyuddin menyampaikan ucapan Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat mendakwa, Setiausaha Agung Pas itu telah melanggar Peraturan Dewan 36 (2).

Iklan
Iklan

"Ini melanggar Peraturan Dewan 36 (2) tidak boleh sebutkan tentang apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah.

"Dia tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah," katanya pada Selasa.

Iklan

Takiyuddin bagaimanapun mempertahankan kenyataannya sambil menyindir Rayer.

"Dulu cakap lain sekarang cakap lain, I know you very well," katanya.

Iklan

Menyambung semula ucapannya, Takiyuddin menegaskan, tindakan kerajaan melantik anggota penting pentadbiran memegang jawatan penting, telah meletakkan pegawai-pegawai perundangan dan kehakiman dalam keadaan yang sukar.

Beliau turut mempersoalkan sama ada anggota pentadbiran mendapat kawalan polis boleh menggunakan kawalan polis semasa pergi menghadiri mahkamah apabila berhadapan dengan kes

"Saya pembangkang menyeru supaya kerajaan membuat ketetapan adakah kerajaan membenarkan anggota pentadbiran berada di kedudukan kedua dibenarkan menjalankan tugas sedangkan dia mempunyai kes di mahkamah.

"Saya rujuk petikan, semasa Bagan Datuk mula dituduh di mahkamah pada 2018, Pemuda UMNO telah buat kenyataan menggesa Zahid cuti seketika. Jadi saya gesa supaya anggota pentadbiran yang ada kes di mahkamah mengambil cuti seperti yang digesa sebelum ini," katanya.