40 korban banjir di Brazil setakat ini

Iklan
Antara jalan raya yang terjejas akibat tanah runtuh. - Foto AFP

RIO DE JANEIRO - Sekurang-kurangnya 40 orang termasuk kanak-kanak terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh di São Paulo pada hujung minggu, lapor Xinhua.

Lebih 600 milimeter hujan direkodkan dalam tempoh 24 jam di negeri São Paulo, jumlah paling tinggi pernah direkodkan di Brazil dalam tempoh yang singkat.

Iklan
Iklan

Seramai 500 anggota bomba dan pasukan penyelamat masih menjalankan misi untuk mengesan mereka yang terselamat di sepanjang pantai São Paulo, namun jalan raya yang terjejas menghalang usaha itu. Seramai 40 orang dilaporkan hilang.

Gabenor São Paulo Tarcisco Freitas mengarahkan tempoh berkabung selama tiga hari.

Iklan

Kira-kira 2,500 orang dipercayai hilang tempat tinggal atau terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.

Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva yang melawat kawasan terjejas pada Isnin berkata tiada lagi rumah patut dibina di kawasan berisiko tinggi, - Bernama

Iklan