Perkhidmatan funikular Bukit Bendera ditutup 15 hingga 23 Jun

Iklan
Perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera akan ditutup untuk penyelenggaraan berjadual dwitahunan.

GEORGETOWN - Perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera akan ditutup untuk penyelenggaraan berjadual dwitahunan kedua bagi tahun ini dari 15 hingga 23 Jun nanti dan beroperasi semula pada 25 Jun.

Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya menjalankan dua penyelenggaraan berjadual utama pada setiap tahun di bawah pengawasan jurutera pengeluar funikular iaitu Garaventa AG dari Switzerland.

Iklan
Iklan

"PBBPP juga menjalankan pemeriksaan berkala dan penyelenggaraan sistem funikular setiap hari, mingguan dan bulanan, serta pemeriksaan rutin harian selepas tamat waktu operasi funikular Bukit Bendera.

Penyelenggaraan dan pemeriksaan ini untuk memastikan sistem funikular sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan menjalani pemeriksaan yang ketat," menurut kenyataan itu.

Iklan

Kenyataan itu turut memaklumkan, pengunjung boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan jip yang dikendalikan oleh Persatuan Pemandu Perkhidmatan Jeep Bukit Bendera dengan menghubungi 012-4541255, yang terletak di Tempat Letak Kereta Rifle Club di Taman Botani atau menggunakan laluan mendaki untuk sampai ke puncak Bukit Bendera semasa tempoh penutupan.

PBBPP mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung di atas kesabaran dan sokongan berterusan kepada Bukit Bendera dan intuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 04-8288880 atau emel ke inquiries@penanghill.gov.my. - Bernama

Iklan