Agong berkenan terima watikah pelantikan lima perwakilan asing

Iklan
Al-Sultan Abdullah

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima watikah pelantikan lima ketua perwakilan asing ke Malaysia, di Istana Negara di sini.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan dan Majlis Menghadap itu.

Iklan
Iklan

Ketua perwakilan asing berkenaan ialah Mesaad Ibn Ibrahim Ibn Abdullah Al Sulaim dari Arab Saudi dan Rashed Sayyid Mohammed Sayyid Rashed Sayyid Saleh (Kuwait).

Selain itu, Axel Cruau (Perancis), Hassan Abdelsalam Omer (Sudan) dan Salah Mohamed Al-Sorour dari Qatar.

Iklan

Hadir sama pada istiadat itu, Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Cheong Loon Lai. - Bernama

Iklan