Jamal Yunos, anak serah borang MKT, Exco Pemuda UMNO

Iklan
Jamal

SHAH ALAM - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos mengesahkan beliau dan anaknya, Muhammad Amin Daniel telah menyerahkan borang pencalonan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Exco Pemuda UMNO pada Selasa.

Ujar beliau, keputusan kali pertama itu dibuat kerana ingin menabur lebih banyak bakti terhadap kepimpinan UMNO di peringkat nasional.

Iklan
Iklan

"Sudah 10 tahun saya menjadi Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dan saya juga banyak terlibat dengan kegiatan badan bukan kerajaan (NGO), jadi sudah tiba masanya untuk saya bergiat lebih aktif di peringkat yang lebih tinggi.

"Rakan-rakan seperjuangan turut memberikan respons baik terhadap perkara ini, jadi saya yakin dengan keputusan saya ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Berbicara tentang permohonan Muhammad Amin, Jamal mengulas, keputusan anaknya itu adalah kerana ingin membawa satu wajah baharu parti tersebut kepada generasi muda di seluruh Malaysia.

Jelas beliau, ia bertepatan dengan kredibiliti anaknya yang sebelum ini merupakan ahli Exco Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar.

Iklan

"Seperti kita sedia maklum, UMNO mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berikutan kekurangan sokongan daripada kalangan generasi muda.

"Jadi di sini, beliau melihat satu keperluan untuk menceburkan diri di peringkat lebih tinggi bagi menarik perhatian golongan berkenaan,” katanya.

Jamal dan Muhammad Amin menyerahkan borang pencalonan tersebut bagi sesi pemilihan 2023-2026 parti itu di Auditorium UMNO, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.