Mat Sabu azam angkat bidang pertanian ke tahap profesional

Iklan
Mohamad pada temu bual eksklusif bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mengenai usaha Kerajaan memastikan masalah kekurangan bekalan makanan diatasi di Lembaga Pertubuhan Peladang, baru-baru ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Memartabatkan bidang pertanian ke tahap profesional sehingga mampu menjana pendapatan yang lumayan, merupakan antara misi utama Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS).

Bagi mencapai matlamat itu, Mohamad berkata, beliau sendiri akan sentiasa menekankan dan memotivasikanmengenai perubahan minda, kepada mereka yang terlibat dalam bidang pertanian.

Iklan
Iklan

"Saya lihat dalam bidang pertanian ini bagi sesetengah orang, mereka tidak menganggap ia sebagai kerja. Kadangkala mereka tidak meletakkan usaha sepenuhnya dalam hal kerjanya itu. Apabila kerja kontrak misalnya, mereka boleh buat dan sanggup untuk berpanas.

"Tapi bila dia buat kerja sendiri, tak boleh macam itu. Jadi sikap itu perlu diubah,” katanya ketika wawancara bersama Bernama, akhbar Straits Times Singapura dan portal berita Harapan Daily, di pejabatnya baru-baru ini.

Iklan

Namun begitu Mohamad turut berbangga, apabila ada segelintir golongan muda yang mula menunjukkan kesungguhan untuk berjaya dalam bidang pertanian dan mengusahakannya sepenuh masa, bukannya secara sambilan.

Secara berseloroh mahu menjadikan petani sebagai pilihan para gadis jelita dalam tempoh sepuluh tahun akan datang, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, perubahan ke arah perkara itu sedang berlaku ketika ini.

Iklan

Bagi merancakkan lagi sektor pertanian di negara ini, Mohamad berkata, beliau akan berbincang dengan pihak Agrobank, bagi membantu petani-petani yang dilihat mempunyai kesungguhan untuk memajukan lagi perusahaan mereka.

Dalam pada itu Mohamad berkata, sungguh pun negara berhadapan dengan ketidaktentuan cabaran ekonomi, namun pihak MAFS sentiasa fokus dan komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat daripada aspek kecukupan makanan dapat dijamin.

Mohamad berkata, perancangan MAFS ialah melalui Pelan Tindakan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) dalam menentukan tahap sara diri bagi 10 kategori makanan utama keperluan rakyat, dapat dicapai mengikut sasaran yang ditetapkan.

"Setiap pelan tindakan meliputi keempat-empat subsektor utama iaitu padi, tanaman, perikanan dan ternakan, akan terus diberikan tumpuan melalui mekanisme pemantauan peringkat tertinggi kementerian, bagi memastikan ia sentiasa berada dalam landasan yang tepat, dalam merangka usaha meningkatkan keterjaminan makanan untuk rakyat,” katanya. - Bernama