Lelaki New Zealand parah jatuh balkoni

Iklan
Mangsa dibawa anggota bomba sebelum diberikan rawatan awal oleh petugas Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia.

PETALING JAYA - Seorang lelaki warga New Zealand parah selepas terjatuh dari balkoni sebuah bangunan ketika melarikan diri dalam serbuan dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Pusat Perdagangan Phileo Damansara, di sini pada Selasa.

Mangsa berumur 36 tahun itu dipercayai terjatuh dari tingkat 14 ke tingkat 11 bangunan di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 5.15 petang.

"Kejadian melibatkan seorang lelaki yang terjatuh dari tingkat 14 ke tingkat 11 bangunan di lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Iklan

Katanya, mangsa mengalami kecederaan di bahagian tangan dan tulang pinggul.

"Mangsa diberikan rawatan awal oleh petugas Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia sebelum dibawa ke hospital," katanya.

Iklan