'Jangan had konsep Rahmah kepada makanan sahaja'

Iklan
Ahmed Razman ketika program Wacana Sinar edisi 385 bertajuk ‘Bajet Anwar: Jangkaan vs Realiti’ yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa. - FOTO SINAR HARIAN

SHAH ALAM - Konsep Rahmah yang diperkenalkan kerajaan baru-baru ini tidak seharusnya terhad kepada makanan tetapi juga perkara lain termasuk pengangkutan awam dan juga perkhidmatan telekomunikasi.

Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, usaha itu bagaimanapun perlu mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk syarikat swasta dan juga badan bukan kerajaan (NGO).

Iklan
Iklan

"Kalau kita lihat, Menu Rahmah yang diperkenalkan baru-baru ini, kerajaan tidak menanggung sebarang pembiayaan kerana mereka hanya perkenalkan konsep sahaja. Segala kos ditanggung oleh pengusaha dan peniaga.

"Ia sepatutnya diperluaskan lebih besar lagi, bukan sahaja kepada makanan tetapi juga perkara lain seperti perkhidmatan data telekomunikasi dan juga pengangkutan awam. Bila ramai yang menjayakan perkara ini, beban rakyat akan lebih berkurangan,” katanya ketika Wacana Sinar Siri 385 yang bertajuk ‘Bajet Anwar: Jangkaan Vs Realiti’ yang dihoskan Ismail Adnan pada Selasa.

Iklan

Hadir sama sebagai panelis, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.

Menyentuh mengenai Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini, Ahmed Razman berharap kerajaan dapat memberi tumpuan terhadap pembangunan di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Iklan

"Masih terdapat kawasan perkampungan yang tidak mendapat kemudahan elektrik dan prasarana jalan yang lengkap hingga murid terpaksa pergi ke sekolah dengan menaiki bot. Inilah perkara yang kita mahu kerajaan beri perhatian,” ujarnya.

Jelas beliau, sekiranya perubahan tersebut dapat dilaksanakan, ia berupaya memberi impak terhadap potensi masyarakat di sana untuk lebih berdaya saing mengembangkan ekonomi negara.