Teruja kutip siput gayam di Pulau Sayak

Iklan
Pengunjung memenuhi pesisiran pantai Pulau Sayak kerana ingin merasai pengalaman mencari siput gayam yang mudah diperoleh semasa air surut. Gambar kecil: Suraya (kiri), Asma

KUALA MUDA - Rasanya yang enak berbanding makanan laut lain membuatkan peminat siput gayam teruja mendapatkannya di perairan Pulau Sayak, Kota Kuala Muda, Kedah biarpun terpaksa bersabar sehingga berjam-jam.

Tidak hanya golongan dewasa malah kanak-kanak turut leka mengutip siput gayam yang mudah diperoleh ketika air surut.

Iklan
Iklan
Siput gayam mudah diperoleh di perairan Pulau Sayak, Kota Kuala Muda, Kedah.

Pengunjung, Zaiton Abu Bakar, 70, berkata, dia sering ke pantai tersebut bersama keluarga bagi mengutip siput gayam kerana sukar mendapatkannya di pasar.

"Pukul 8 pagi tadi dah sampai dari rumah di Sungai Lalang, kira-kira 45 kilometer atau 50 minit perjalanan ke sini.

Iklan

Penduduk Bukit Kechil, Suraya Bakri, 50, berkata, masakan siput gayam boleh dipelbagaikan termasuk dijadikan sup, sambal atau hidangan 'shell out'.

"Kami selalu mai (datang) sini tetapi kena pastikan dulu air surut, siput ni lebih sedap dari retak seribu, dapat yang segar lagi sedap dan manis," katanya.

Iklan

Selain itu, Asma Dollah, 78, dari Rantau Panjang, Pulau Pinang datang mencari siput bersama anak dan cucu yang berkumpul di kampung pada cuti hujung minggu.

"Cucu kerap datang kutip siput sebelum ini, beritahu kat mereka tok pun nak ikut.

Dua beradik, Damia Maisarah Faizul, 8, dan Muhammad Fateh, 6, turut gembira diberi peluang mengutip siput gayam bersama keluarga di Pulau Sayak, Kota Kuala Muda, Kedah.

"Bila dah sampai sini, tengok seronok juga, cari di celah batu, leka duk kutip sampai tak sedar sudah berjam-jam sampai basah baju," ceritanya.

Setelah memperoleh hasil kutipan, ada pengunjung membawa balik untuk dijadikan lauk namun ada juga menjadikan ia sebagai sumber pendapatan.

Penduduk, Majid Nasir, 62, berkata, perairan itu sering menjadi tumpuan pengunjung dalam dan luar daerah yang ingin merasai pengalaman mencari siput gayam.

Majid menunjukkan siput gayam yang diperolehi di Pulau Sayak sebelum dijual kepada pembeli.

"Memang kerap orang datang cari, ada yang nak buat makan, ada juga yang nak buat kenduri, jadi mereka kutip sendiri di sini," jelasnya.

Dia yang juga seorang peraih, turut menjual siput gayam kepada pengunjung yang ingin merasai keenakan makanan laut itu tanpa perlu bersusah payah 'turun' ke laut.

"Siput ni setiap hari ada di Pulau Sayak, cuma bergantung sikit atau banyak, tengok pada keadaan air surut, bolehlah turun cari," katanya.

Dari kiri Nur Kamarina Mohd Hatta, 13, sepupunya, Mohd Wafi Ridzuan Suhaimi, 13, dan Mohd Marwan Suhaimi, 11, tidak melepaskan peluang kutip siput gayam bersama keluarga di Pulau Sayak, Kota Kuala Muda, Kedah.