SHAH ALAM - Sebanyak 184 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa dengan tiga daripadanya merupakan kes import.
Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, tiada kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dan menjadikan jumlah kematian dalam negara kekal sebanyak 36,957 kes.