KUALA LUMPUR - Golongan yang berpendapatan tinggi tidak wajar mendapat Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang sepatutnya diterima oleh mereka yang benar-benar memerlukan.
Tegas Pensyarah Pusat Pengajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM, Anuar Ahmad, bantuan itu perlu lebih bersasar supaya lebih ramai golongan yang kurang berkemampuan dapat menerima manfaat inisiatif tersebut.
Iklan
Iklan
Sekiranya orang kaya pun menerimanya, maka jelas Anuar, nilai bantuan tersebut tidak dapat ditingkatkan dan capaiannya tidak dapat diperluaskan kepada lebih ramai penerima yang layak.
"Setiap sen yang kita berikan kepada kumpulan yang tidak memerlukan akan menyebabkan kumpulan yang memerlukan menerima kurang bantuan,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Beliau juga bimbang pemberian bantuan ini adalah satu tindakan bermotifkan politik untuk keuntungan pihak-pihak tertentu yang akhirnya menyebabkan golongan yang memerlukan tidak mendapat hak mereka.
Justeru beliau berharap mekanisme BAP menjadi perkara yang disemak dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan semula di Parlimen pada Jumaat ini. - Awani
Artikel Berkaitan