FERRAN Torres mengakui sedang berdepan saat sukar dalam karier bola sepaknya, namun tetap komited dengan projek jangka panjang Barcelona di bawah kendalian Xavi.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu bergelut dalam musim pertamanya di Camp Nou selepas berpindah dari Manchester City pada Disember 2021.
Iklan
Iklan
Penampilan Torres musim lalu menyaksikan dia hanya mampu meledak empat gol daripada 18 perlawanan La Liga di sebalik jangkaan tinggi penyokong Barcelona terhadap pemain sayap itu.
Ia sekali gus mengundang kritikan terhadap kepulangan penyerang itu ke Sepanyol, setelah meninggalkan Valencia ke City pada 2020.
Namun, dia kini telah menikmati kebangkitan semula dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas mempamerkan aksi mengagumkan dalam kemenangan ke atas Cadiz pada Isnin.
"Saya berjumpa pakar psikologi. Saya biasanya pergi sekali atau dua kali seminggu. Keluarga saya juga membantu saya, saya mempunyai persekitaran yang sangat sihat.
"Saya telah belajar untuk tidak terlalu obses dengan matlamat. Saya telah belajar untuk menjadi gembira, untuk menghadapi sesuatu. Saya mempunyai masa yang sukar, tetapi ia adalah peluang yang baik untuk mengenali diri saya sendiri," katanya.