Pesat mahu wujudkan wakil di setiap negeri

Iklan
Ahmad Samsuri (duduk tengah) dan Rosliza (duduk, dua dari kanan) ketika hadir pada Majlis Jalinan Mesra Menteri Besar Terengganu bersama Pesat di sebuah hotel di sini pada Selasa. - Foto Sinar Harian/ Rosli Talib

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Persatuan Anak-Anak Terengganu di Selangor dan Wilayah Persekutuan (Pesat) bercadang mahu membentuk wakilnya di setiap negeri bagi membantu menyelaras aktiviti dan bantuan untuk anak-anak Terengganu yang berada di perantauan.

Iklan
Iklan

Presidennya, Rosliza Akma Zakaria berkata, justeru perhatian dan sokongan daripada kerajaan negeri Terengganu amat diperlukan bagi merealisasikan tugas-tugas kebajikan Pesat.

"Kami berharap hubungan antara Pesat, kerajaan pusat dan negeri dapat diteruskan di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar,” katanya katanya pada Majlis Jalinan Mesra Menteri Besar Terengganu bersama Pesat yang diadakan di sebuah hotel, di sini pada Selasa.

Iklan

Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Penasihat Pesat, Datuk Seri Maziah Musa dan Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Tambahnya lagi, pihaknya sentiasa merancang pelbagai aktiviti melibatkan pelbagai bidang termasuk pendidikan sosial dan perubatan serta khidmat nasihat dalam bidang keusahawanan.

Iklan

"Tidak sekadar memberi tumpuan kepada kebajikan anak Terengganu sahaja, Pesat sentiasa prihatin dalam meluaskan khidmatnya kepada masyarakat setempat yang memerlukan.

"Antara aktiviti yang sudah dijalankan termasuklah bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan (KPKT) pada 2022 untuk melaksanakan program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) melibatkan 100 peserta dengan pemilihan dibuat menerusi senarai e-kasih.

"Terbaharu, Pesat bekerjasama dengan Persatuan Gabungan Anak Negeri Malaysia (Gapan) menerusi dua program iaitu misi bantuan banjir Terengganu melibatkan sumbangan barangan asas bernilai RM45,000 termasuk sumbangan permaidani musolla di Sekolah Kebangsaan Nyiur 7, Jertih dan Back to School kepada 300 pelajar asnaf bernilai RM32,000 membabitkan tujuh sekolah,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Samsuri ketika ditemui turut menyatakan kesediaannya untuk membantu keperluan dari segi kewangan dan logistik persatuan itu di masa akan datang.

"Kita sedia berbincang untuk menjalankan program bagi dengan fokus menyeluruh membabitkan anak Terengganu dan pastikan ianya mencapai sasaran,” katanya.