PENYERANG Paris St Germain (PSG), Neymar mengalami kecederaan ligamen buku lali ketika gergasi Ligue 1 Perancis itu menang tipis 4-3 Ligue 1 ke atas Lille, kata kelab Perancis itu lewat Rabu.
Penyerang Brazil yang menjaringkan gol kedua PSG pada minit ke-17, dibawa keluar dalam keadaan menangis pada awal separuh masa kedua selepas berlanggar dengan pemain Lille, Benjamin Andre.
Iklan
Iklan
"Dia akan menjalani ujian lanjut awal minggu depan," kata PSG dalam satu kenyataan, tanpa menyatakan berapa lama Neymar akan direhatkan.
PSG akan bertandang di tempat lawan berdepan Marseille pada Isnin sebelum menerima kunjungan Nantes pada 5 Mac.
Skuad kendalian Christophe Galtier kemudiannya akan bertandang ke Bayern Munich untuk perlawanan kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara pada 9 Mac ketika PSG berusaha untuk memulihkan defisit 1-0.