Marilyn Monroe diabadikan dalam projek 'modern muse'

Iklan
Seni digital baharu itu menggabungkan imej ikonik Monroe yang dihasilkan daripada filem-filemnya dengan pendekatan inovatif Zeblocks dalam NFT. - Foto Twitter/Modern Muse

WASHINGTON - Imej mendiang ikon Hollywood Marilyn Monroe akan diabadikan dalam projek NFT baharu yang dipanggil Modern Muse.

Marilyn Monroe Estate pada Selasa mengumumkan bahawa ia telah bekerjasama dengan duo seni Zeblocks -- peneraju dalam ruang NFT dengan tiga koleksi berjaya - untuk melancarkan seni digital itu.

Iklan
Iklan

"Kami berterima kasih kepada Marilyn Monroe Estate kerana memberikan kami kepercayaan dan keistimewaan untuk menjayakan projek tokoh ikonik yang disayangi itu,” lapor United Press International (UPI) memetik kenyataan Zeblocks.

"Kecantikan abadinya, bakat yang tidak dapat dinafikan dan warisan yang berkekalan terus memikat dan memberi inspirasi kepada generasi demi generasi, dan kami berbesar hati dapat memain peranan dalam memelihara dan berkongsi kisahnya dalam dunia moden," kata Zeblocks.

Iklan

Marilyn Monroe, pelakon Amerika yang sinonim dengan watak berambut perang khususnya pada tahun 1950-an dalam filem seperti Gentlemen Prefer Blondes atau How to Marry a Millionaire. Dia juga memenangi pujian kritis untuk Some Like It Hot dan untuk peranannya dalam Bus Stop.

Monroe meninggal dunia pada tahun 1962 pada usia 36 tahun akibat lebihan dos ubat.

Iklan

Menurut Zeblocks, seni digital baharu itu menggabungkan imej ikonik Monroe yang dihasilkan daripada filem-filemnya dengan pendekatan inovatif Zeblocks dalam NFT.

"Kami telah menampilkan semula Marilyn Monroe melalui seni generatif dan teknologi blockchain, menurut duo seni itu dalam tweet pada Selasa. Setiap NFT unik itu akan disimpan 100% pada Ethereum (on-chain), membawa Marilyn Monroe ke titik pertemuan seni dan teknologi,” tambah beliau.

Pas keanggotan digital untuk Muse Moden: Marilyn Monroe x Zeblocks dilancarkan Khamis di pasaran OpenSea NFT. - Bernama