Fenomena unik 'laut terbelah' sepanjang 600 meter menarik perhatian lebih 2,000 pengunjung yang datang ke Pantai Tanjung Rhu.
Fenomena yang cuma berlaku setahun sekali ini terjadi apabila air laut surut penuh sehingga 0.0 meter sehingga berlaku laut terbelah hasil pembentukan beting pasir di Pantai Tanjung Rhu.
Pembentukan 'laut terbelah' itu membolehkan pengunjung berjalan kaki di atas beting pasir sehingga ke Pulau Cabang, Pulau Penyu dan Pulau Kelam Baya sambil melihat secara dekat hidupan marin seperti ikan sebelah, tapak sulaiman, pena laut, anemone, ketam, siput dan sotong kurita.
Pada tahun ini, fenomena tersebut berlaku selama dua hari iaitu pada Selasa (21 Feb) dan Rabu (22 Feb) 2023.