Kadar jangka pendek kekal stabil dengan operasi BNM

Iklan
Mudah tunai dalam sistem konvensional turun sedikit menjadi RM35.24 bilion daripada RM35.73 bilion. - Gambar hiasan

KADAR antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional turun sedikit menjadi RM35.24 bilion daripada RM35.73 bilion manakala dalam dana Islam, mudah tunai susut kepada RM34.33 bilion daripada RM37.0 bilion pagi tadi.

Iklan
Iklan

Awal hari ini, bank pusat menjalankan dua tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan tender program murabahah komoditi.

Selain itu, ia telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Iklan

Pada jam 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional RM34.2 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM34.3 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Setakat 21 Februari 2023, Kadar semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus. - Bernama

Iklan