Kerajaan buka 800 ekar tanah untuk diusahakan - Rafizi

Iklan
Rafizi - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membuka 800 ekar tanah kepada golongan B40 dan miskin tegar untuk diusahakan sebagai langkah mengurangkan masalah bekalan makanan dan inflasi dalam negara.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ia adalah sebahagian daripada program di bawah inisiatif Pendapatan Rakyat yang akan dilancarkan pada 26 Februari ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, usaha itu dapat membantu golongan berkenaan untuk melibatkan diri dalam perusahaan tani dan pada masa sama meningkatkan bekalan bahan mentah asas.

"Kerajaan akan mulakan dengan 800 ekar tanah Kerajaan Persekutuan dibuka kepada golongan B40 dan miskin tegar untuk usahakan tanaman.

Iklan

"Kita harap kerajaan negeri termasuk pembangkang turut sama menyertai usaha ini untuk menambah lot-lot tanah bagi diusahakan segera supaya kita dapat menambah bekalan makanan dan bukan hanya berharap kepada suntikan subsidi kerajaan untuk menurunkan harga," katanya ketika sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.

Ahli Parlimen Pandan itu menambah, dalam menangani masalah bekalan bahan asas, kerajaan juga sedang berusaha mempercepatkan penyelesaian kepada kebergantungan import makanan ayam.

Iklan

Jelasnya, menambah usaha mengatasi inflasi tidak cukup hanya dengan menaikkan kapasiti bekalan bahan mentah semata-mata, sebaliknya perlu seiring dengan harga makanan siap yang dijual di kedai-kedai makan di seluruh negara.

"Hakikatnya, sukar apabila bahan mentah naik harga, makanan siap akan naik kepada kadar yang tinggi dan kekal walaupun selepas kenaikan harga bahan mentah telah turun,” katanya.