Projek belon merah hadiah terakhir

Iklan
Belon merah diikat pada sisa runtuhan di salah sebuah struktur yang runtuh di Antakya. - Foto: AFP

ANTAKYA - [KEMAS KINI] Kira-kira dua minggu selepas gempa dahsyat dengan kekuatan 7.8 skala Richter menggegar Turkiye dan Syria, kebanyakan penduduk terjejas masih berduka atas kehilangan insan tersayang serta harta benda.

Bagi meredakan kesedihan golongan berkenaan, sekumpulan sukarelawan melancarkan ‘projek belon merah’ yang diikat pada sisa runtuhan bangunan sebagai memperingati kanak-kanak yang terkorban dalam tragedi menyayat hati itu.

Iklan
Iklan

Rakaman video dikongsi BBC dari wilayah Hatay di Turkiye menunjukkan sejumlah belon ‘menghiasi’ sekitar kawasan bangunan yang roboh.

"Kami masih memberikan hadiah kepada golongan berkenaan di Hatay tetapi kami juga mahu menunaikan tugas terakhir kepada ‘malaikat kecil’ yang sudah tiada.

Iklan

"Ia benar-benar menyentuh hati setiap kali saya mengikat belon pada sisa runtuhan tersebut,” ujarnya.

Menurutnya lagi, kira-kira 1,500 belon telah diikat dan kumpulan itu berharap projek tersebut dapat diperluaskan di seluruh bandar serta rumah setiap keluarga yang kehilangan anak mereka. - Agensi

Iklan







Sumbangan untuk Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x Syria Care boleh dibuat melalui pautan ini: https://info.sinarharian.com.my/tabung-bantuanbencana-sinar-karangkraf-x-syria-care/